Saturday, August 10, 2013

Penyakit Kencing Manis

Penyakit kencing manis ataupun Diabetes Mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia iaitu kandungan glukosa yang tinggi dalam darah, terutamanya selepas pengambilan makanan terhadap pesakitnya.


Terdapat 2 jenis penyakit kencing manis:

Diabetes jenis pertama (I) 

Juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau dikenali sebagai diabetes awal remaja. Diabetes jenis I ini merupakan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Selalunya, penghidap diabetes jenis pertama mula keluar tanda-tanda penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan.

Diabetes jenis kedua (II)

Penyakit ini disebabkan oleh penghalangan insulin atau kekurangan penghasilan insulin. Diabetes jenis II ini boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, bersenam, dan pengambilan ubat secara suapan (suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan sampingan yang serius terhadap pesakit).

Sumber: wiki-kencing manis



Fakta :

Jika tidak dirawat, kencing manis boleh mengakibatkan koma dan kematian (kebiasaan yang dihadapi pesakit kencing manis sebelum penemuan insulin pada tahun 1921).

Pada pertengahan era ke-20, sekitar 30% kandungan di kalangan wanita yang mengidapi kencing manis berakhir dengan keguguran janin dan kematian bayi selepas seminggu kelahiran, disamping risiko lebih tinggi kecacatan terhadap bayi yang selamat membesar.

Kini, kadar keguguran janin bagi wanita mengandung yang mengidapi kencing manis adalah lebih rendah (sekitar 5.6%), berbanding populasi ibu mengandung normal 1.4% sahaja. Bayi bagi ibu yang menghidapi kencing manis biasanya lebih besar (gemuk) dan rata-rata bayi menghadapi kesukaran bernafas dan hypoglycaemia (gula rendah dalam darah) semasa lahir.

 

Copyright @ 2013 Extra Insulin.

Designed by Templateify & Sponsored By Twigplay