Thursday, January 9, 2014

Herba - herba Yang Menyembuhkan Kencing Manis


Setiap penyakit yang ada di dunia ini ada penawarnya termasuklah penyakit kencing manis. Antara bahan penawar yang sesuai untuk menyembuhkan kencing manis adalah herba – herba. Untuk membantu anda menyembuhkan penyakit kencing manis anda, berikut saya senaraikan beberapa herba yang anda boleh gunakan untuk menyembuhkan kencing manis.


Daun Pegaga

Herba pertama yang sesuai untuk menyembuhkan kencing manis adalah daun pegaga. Daun pegaga akan membantu badan untuk mengurangkan tahap gula di dalam darah. Ada dua cara yang anda boleh gunakan untuk sembuhkan sakit kencing manis menggunakan herba daun pegaga. Dua cara tersebut adalah makan pegaga sebagai ulam dan minum air pegaga sebanyak dua gelas sehari.

Hempedu Bumi

Hempedu bumi yang rasanya pahit ini juga adalah antara herba yang sesuai untuk menyembuhkan kencing manis. Khasiat utama hempedu bumi adalah memecahkan lemak – lemak yang ada pada saluran darah di mana ia akan mampu menurunkan tekanan darah tinggi dan menurunkan tahap kencing manis.

Misai Kucing

Herba ketiga yang menyembuhkan kencing manis adalah misai kucing. Universiti di Bangkok telah mengesahkan misai kucing dapat menurunkan tahap gula di dalam darah dan seterusnya merangsang penyembuhan seseorang dari sakit kencing manis.

Kayu Manis

Kayu manis banyak di gunakan di itali di mana mereka selalu meletakkan serbuk kayu manis di dalam roti. Hasil kajian yang di lakukan pihak bebas, penduduk itali yang selalu makan roti yang di tabor serbuk kayu manis tidak di serang sakit kencing manis. 

Halba

Halba adalah herba yang baik untuk menyembuhkan sakit kencing manis. Cara untuk mengambilnya adalah minum air mengandungi herba atau mengunyah herba secara mentah.

Petai

Petai mengandungi khasiat yang baik untuk kurangkan gula di dalam darah. Dalam seminggu, anda makanlah petai sebagai ulaman sebanyak dua kali. Selain itu, anda juga boleh sembuhkan sakit kencing manis dengan meminum air petai.

Cara untuk buat air petai adalah anda ambil lima biji petai. Rebuskan lima biji petai dengan tiga gelas air. Rebuskan sehingga petai tersebut kelihatan empuk. Apabila air sudah sejuk, anda ambil setengah gelas air petai dan minum. Minum setengah gelas air petai sehari sekali.

Tongkat Ali Hitam

Tongkat ali hitam jika digunakan secara berterusan selama sejam akan membantu anda untuk memiliki buah pinggang yang sihat. Pemulihan buah pinggang dapat membantu anda sembuh dari sakit kencing manis. Selain menyembuhkan kencing manis, tongkat ali hitam juga mampu memulihkan tenaga batin lelaki.

Buah Peria Katak



Herba seterusnya yang anda boleh gunakan untuk menyembuhkan kencing manis adalah buah peria katak. Buah peria katak di katakan boleh merangsang pengeluaran insulin dan seterusnya kandungan gula di dalam darah boleh menurun.

Buah Epal

Mengamalkan makan sebiji buah epal sehari boleh menurunkan kandungan gula di dalam darah.

Buah Bendi

Rendamkan buah bendi di dalam secawan air panas dan tutup cawan tersebut dengan penutup cawan. Apabila air sudah berada pada tahap suhu yang suam – suam, anda minumlah air tersebut. Penggunaan herba buah bendi untuk menyembuhkan kencing manis ini merupakan teknik yang selalu di gunakan penduduk negara China.

Mengkudu

Herba mengkudu adalah antara herba yang selalu di gunakan pengamal perubatan tradisional untuk merawat penyakit kencing manis.

Extra Insulin adalah produk kencing manis termurah dan paling berkesan untuk merawat kencing manis. Ia berfungsi sebagai insulin semulajadi. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, Sila SMS "Extra" ke 012 675 6992 sekarang. Stok sangat terhad kerana permintaan yang tinggi.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 Extra Insulin.

Designed by Templateify & Sponsored By Twigplay