Monday, May 27, 2013

Diabetes Melitus - 2 Jenis Penyakit Kencing Manis



Diabetes Mellitus Yang Bergantung Kepada Insulin

Juga dikenali sebagai Jenis 1 di mana jenis ini biasanya dihidapi oleh kanak-kanak dan golongan muda. Kegagalan pankreas untuk menghasilkan hormon insulin merupakan punca utama penyakit ini. Sistem imunisi badan akan mempunyai masalah dalam mengenalpasti sel badan normal sebagai sel islet yang asing lalu memusnahkannya. Kencing manis Jenis 1 ini juga boleh terjadi akibat bahan kimia dan virus.


Kencing manis jenis ini memerlukan rawatan yang segera dari segi suntikan serta pengawalan diet pemakanan kerana risiko kematian pesakit amat tinggi. Jika badan tidak mampu mendapatkan tenaga dari glukosa (makanan), badan akan mula menghuraikan lemak di badan sebagai sumber tenaga alternatif; ini akan mengakibatkan pengumpulan toksik ketones lalu mengakibatkan koma. Kajian menunjukkan terdapat 14.2 kes baru Jenis 1 ini terjadi rata-ratanya daripada 100,000 kanak-kanak yang berumur 15 tahun ke bawah.



Diabetes Mellitus Yang Tidak Bergantung Kepada Insulin

Diabetes yang dikenali sebagai Jenis 2 ini biasanya dihidapi oleh pesakit berumur lebih 40 tahun ke atas. Dalam kes ini, pankreas tidak menyekat pengeluaran insulin tetapi kuantiti insulin yang dihasilkan tidak mencukupi, atau hormon insulin yang sedia ada dalam tubuh baan tidak mengaktifkan penyerapan glukosa dalam otot dan tisu di mana ianya amat diperlukan oleh badan sebagai salah satu sumber tenaga. Ini boleh mengakibatkan glukosa yang tidak diserap terkumpul dan meningkat dalam darah serta air kencing. Kencing manis Jenis 2 ini biasanya merupakan penyakit berketurunan.

Antara kesannya ialah seperti obesiti dan gaya hidup moden yang tidak produktif.

Kencing manis Jenis 2 ini boleh dikawal pada peringkat awal dengan melalui diet pemakanan yang seimbang atau melalui pengambilan tablet (sulphonylureas, biguanides ) yang boleh mengurangkan kandungan glukosa (gula) dalam darah. Walaubagaimanapun, pesakit masih memerlukan suntikan insulin.

Extra Insulin adalah produk kencing manis termurah dan paling berkesan untuk merawat kencing manis. Ia berfungsi sebagai insulin semulajadi. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, Sila SMS "Extra" ke 012 675 6992 sekarang. Stok sangat terhad kerana permintaan yang tinggi.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 Extra Insulin.

Designed by Templateify & Sponsored By Twigplay