Friday, January 24, 2014

Kenapa Penyakit Kencing Manis Merbahaya?

Penyakit kencing manis adalah antara penyakit yang paling bahaya di dunia. Ini kerana penyakit ini boleh membawa maut dan keadaan persekitaran dunia sekarang membuatkan seseorang mudah di sahkan menghidap penyakit diabetis.



Untuk pelajari dengan lebih lanjut mengenai kesan penyakit kencing manis kepada manusia, berikut saya senaraikan beberapa sebab kenapa penyakit kencing manis merbahaya?

Maut.

Kencing manis merbahaya kerana ia boleh membawa maut dalam sekelip mata sahaja. Ketika anda rasa anda masih mampu melawan penyakit kencing manis, keadaan organ lain yang teruk seperti buah pinggang dan jantung di sebabkan kencing manis akan menjadi penyebab anda boleh maut secara tiba – tiba.

Kehidupan anda akan hancur.          

Penyakit kencing manis akan menyebabkan anda jadi lemah dan tidak mampu memberi tumpuan kepada pekerjaan anda. Akibatnya prestasi anda dalam bidang pekerjaan akan merosot dan seterusnya ia mungkin jadi penyebab anda di pecat atau perniagaan anda merosot teruk.

Lebih teruk, kos merawat penyakit kencing manis adalah tinggi dan memerlukan anda mengeluarkan perbelanjaan wang yang konsisten pada setiap bulan. Masalah kewangan dan masalah pekerjaan akan menyebabkan diri anda rasa lebih tertekan. Akibatnya ia akan menyebabkan anda terlupa untuk menjaga keluarga anda.

Selain itu, penyakit kencing manis juga akan menyebabkan anda mengalami mati pucuk di mana ia akan menganggu keharmonian rumah tangga anda. Secara keseluruhan penyakit kencing manis sangat merbahaya kerana ia boleh menghancurkan kehidupan yang selama ini anda bina.

Menjadi penyebab kepada penyakit berbahaya yang lain.

Penyakit kencing manis bukan sahaja akan membuatkan anda menderita di sebabkan kesan penyakit kencing manis, ia juga akan menjadi penyebab kepada berbagai penyakit berbahaya yang lain.

Antara penyakit berbahaya yang boleh menimpa anda di sebabkan penyakit kencing manis adalah serangan sakit jantung, buah pinggang rosak dan lumpuh. Buah pinggang yang rosak akan menyebabkan anda memerlukan dialisis untuk teruskan hidup.

Penyakit berbahaya yang lain di tambah dengan penyakit kencing manis akan menyebabkan anda mengalami penderitaan yang lebih berat.

Selain itu, penyakit kencing manis juga akan membuatkan anda jadi seorang yang mudah lupa dan tidak mampu memahami sesuatu dengan baik. Perkara ini selalu terjadi kepada wanita dan membuatkan wanita tersebut berperangai seperti kanak – kanak.

Sukar untuk beribadah.

Sakit yang anda rasa akibat penyakit kencing manis akan menyebabkan anda rasa susah hendak beribadah pada Allah. Kurangnya peluang untuk melakukan ibadah dengan selesa menyebabkan penyakit kencing manis adalah penyakit yang merbahaya.

Apabila rohani anda tidak di isi dengan aktiviti ibadah yang berterusan, anda akan terperangkap dalam dunia yang sangat tidak menghiburkan. Anda akan rasa kecewa dengan kehidupan anda dan anda mungkin akan bunuh diri supaya anda boleh lari dari penderitaan.



Penyakit kencing manis adalah penyakit yang sangat merbahaya. Walaupun anda tidak di sahkan lagi menghidap penyakit kencing manis, anda perlu sentiasa berwaspada. Anda boleh lihat sendiri kehidupan mereka yang di sahkan menghidap penyakit kencing manis di mana mereka tidak lagi bebas untuk melakukan aktiviti yang mereka suka.

Jaga diri anda sebaiknya dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan sentiasa melakukan senaman supaya diri anda bebas dari risiko terkena penyakit kencing manis. Ubat kencing manis berkesan boleh didapati di blog ini. Gunakan ekstrak peria katak untuk ubati kencing manis anda.

Thursday, January 9, 2014

Herba - herba Yang Menyembuhkan Kencing Manis


Setiap penyakit yang ada di dunia ini ada penawarnya termasuklah penyakit kencing manis. Antara bahan penawar yang sesuai untuk menyembuhkan kencing manis adalah herba – herba. Untuk membantu anda menyembuhkan penyakit kencing manis anda, berikut saya senaraikan beberapa herba yang anda boleh gunakan untuk menyembuhkan kencing manis.


Daun Pegaga

Herba pertama yang sesuai untuk menyembuhkan kencing manis adalah daun pegaga. Daun pegaga akan membantu badan untuk mengurangkan tahap gula di dalam darah. Ada dua cara yang anda boleh gunakan untuk sembuhkan sakit kencing manis menggunakan herba daun pegaga. Dua cara tersebut adalah makan pegaga sebagai ulam dan minum air pegaga sebanyak dua gelas sehari.

Hempedu Bumi

Hempedu bumi yang rasanya pahit ini juga adalah antara herba yang sesuai untuk menyembuhkan kencing manis. Khasiat utama hempedu bumi adalah memecahkan lemak – lemak yang ada pada saluran darah di mana ia akan mampu menurunkan tekanan darah tinggi dan menurunkan tahap kencing manis.

Misai Kucing

Herba ketiga yang menyembuhkan kencing manis adalah misai kucing. Universiti di Bangkok telah mengesahkan misai kucing dapat menurunkan tahap gula di dalam darah dan seterusnya merangsang penyembuhan seseorang dari sakit kencing manis.

Kayu Manis

Kayu manis banyak di gunakan di itali di mana mereka selalu meletakkan serbuk kayu manis di dalam roti. Hasil kajian yang di lakukan pihak bebas, penduduk itali yang selalu makan roti yang di tabor serbuk kayu manis tidak di serang sakit kencing manis. 

Halba

Halba adalah herba yang baik untuk menyembuhkan sakit kencing manis. Cara untuk mengambilnya adalah minum air mengandungi herba atau mengunyah herba secara mentah.

Petai

Petai mengandungi khasiat yang baik untuk kurangkan gula di dalam darah. Dalam seminggu, anda makanlah petai sebagai ulaman sebanyak dua kali. Selain itu, anda juga boleh sembuhkan sakit kencing manis dengan meminum air petai.

Cara untuk buat air petai adalah anda ambil lima biji petai. Rebuskan lima biji petai dengan tiga gelas air. Rebuskan sehingga petai tersebut kelihatan empuk. Apabila air sudah sejuk, anda ambil setengah gelas air petai dan minum. Minum setengah gelas air petai sehari sekali.

Tongkat Ali Hitam

Tongkat ali hitam jika digunakan secara berterusan selama sejam akan membantu anda untuk memiliki buah pinggang yang sihat. Pemulihan buah pinggang dapat membantu anda sembuh dari sakit kencing manis. Selain menyembuhkan kencing manis, tongkat ali hitam juga mampu memulihkan tenaga batin lelaki.

Buah Peria Katak



Herba seterusnya yang anda boleh gunakan untuk menyembuhkan kencing manis adalah buah peria katak. Buah peria katak di katakan boleh merangsang pengeluaran insulin dan seterusnya kandungan gula di dalam darah boleh menurun.

Buah Epal

Mengamalkan makan sebiji buah epal sehari boleh menurunkan kandungan gula di dalam darah.

Buah Bendi

Rendamkan buah bendi di dalam secawan air panas dan tutup cawan tersebut dengan penutup cawan. Apabila air sudah berada pada tahap suhu yang suam – suam, anda minumlah air tersebut. Penggunaan herba buah bendi untuk menyembuhkan kencing manis ini merupakan teknik yang selalu di gunakan penduduk negara China.

Mengkudu

Herba mengkudu adalah antara herba yang selalu di gunakan pengamal perubatan tradisional untuk merawat penyakit kencing manis.

 

Copyright @ 2013 Extra Insulin.

Designed by Templateify & Sponsored By Twigplay