Wednesday, April 23, 2014

10 Fakta Mengenai Penyakit Kencing Manis Di Malaysia

Penyakit kencing manis di Malaysia adalah sangat serius. Boleh di katakan penyakit kencing manis adalah antara penyakit biasa yang terdapat pada rakyat Malaysia di mana kita rasa tidak hairan jika seseorang di serang penyakit kencing manis.



Berikut adalah antara fakta mengenai penyakit kencing manis di Malaysia:

· Terdapat lebih Lima juta penghidap kencing manis di Malaysia dan jumlahnya meningkat dari setahun ke setahun.

· Pada tahun 2012, lebih 2.6 juta manusia di kesan menghidap penyakit kencing manis. Bayangkan, hanya dalam masa setahun seramai 2.6 juta di kesan menghidap penyakit kencing manis.

· Dari jumlah lebih lima juta penghidap penyakit kencing manis di Malaysia ini, lebih 25 peratus mengalami situasi yang kronik di mana ia memerlukan penjagaan yang serius.

· Di sebabkan bilangan penghidap penyakit kencing manis di Malaysia adalah ramai, maka bilangan generasi yang akan datang untuk menghidap penyakit kencing manis atas faktor keturunan adalah tinggi.

Penyakit kencing manis sebenarnya adalah penyakit kronik di mana ia boleh membawa maut kepada seseorang. Jadi, jika anda inginkan kehidupan yang sihat, anda perlu jaga diri anda dari terkena penyakit kencing manis.


Faktor bilangan penghidap penyakit kencing manis di Malaysia begitu tinggi.

Antara faktor yang menyebabkan begitu ramai penduduk Malaysia menghidap penyakit kencing manis adalah

· Mengambil gula yang terlalu banyak pada setiap hari. Amalan penduduk Malaysia yang suka mengambil gula tanpa kawalan telah menyebabkan mereka mudah di serang penyakit kencing manis. Budaya seperti suka lepak tengah malam sambil minum minuman manis juga adalah di antara punca penduduk Malaysia di serang penyakit kencing manis.

· Tidak melakukan senaman. Senaman adalah penting untuk memastikan aliran darah sentiasa berjalan lancar dan otot pernafasan sentiasa kuat. Apabila anda tidak melakukan senaman, kadar metabolisma akan menurun. Akibatnya semakin banyak karbohidrat tidak terbakar dan ia akan merangsang peningkatan jumlah gula di dalam darah.

Dua faktor ini adalah faktor utama kenapa penduduk Malaysia begitu ramai menghidap penyakit kencing manis.



Penyakit kencing manis di Malaysia banyak terjadi kepada golongan dewasa iaitu sekitar 35 tahun ke atas. Namun, baru – baru ini fakta menakutkan telah timbul di mana ramai pemuda – pemuda dan wanita – wanita yang berumur muda sudah terkena penyakit kencing manis. Walaupun ia baru di peringkat awal, ia tetap perkara yang menakutkan.

Bagi ibu – bapa, anda perlu jaga kesihatan anak anda sejak dari kecil lagi. Galakkan mereka bersukan dan ajar mereka bagaimana hendak mengamalkan pemakanan yang sihat. Penyakit kencing manis adalah penyakit yang serius. Jika penyakit kencing manis menyerang anak anda, ia bakal menyusahkan anak anda.

Bagi anda yang sudah terkena penyakit kencing manis, anda perlu mengambil tindakan berjaga – jaga supaya penyakit kencing manis yang ada pada diri anda tidak menular dengan lebih teruk.

Jaga jumlah gula di dalam darah dan lakukan senaman dari semasa ke semasa supaya kandungan gula di dalam darah anda akan kembali pada jumlah yang normal. Walaupun peluang untuk seseorang penghidap penyakit kencing manis sembuh adalah kurang, ada yang telah sembuh apabila mereka benar – benar disiplinkan diri untuk menurunkan jumlah gula di dalam darah kepada paras yang normal.

Perhatikan apa yang anda makan dan apa yang anda minum. Lakukan senaman pada setiap hari dan InsyaAllah anda akan bebas dari penyakit kencing manis.

Kami juga menyarankan anda mencuba ubat kencing manis yang berkesan - Extra Insulin. Extra insulin diformulasi daripada herba-herba terpilih dan berkualiti tinggi. Hanya makan 2 biji pagi, 2 biji malam setiap hari, bacaan gula dalam darah akan dapat dikurangkan ke paras normal.

 

Copyright @ 2013 Extra Insulin.

Designed by Templateify & Sponsored By Twigplay