Wednesday, May 7, 2014

Punca penyakit kencing manis

Punca penyakit kencing manis




Terdapat dua situasi yang boleh menyebabkan seseorang terkena penyakit diabetis. Dua situasi tersebut adalah

Pertama - Bukan gula yang menyebabkan penyakit diabetis tetapi salah pankreas yang tidak merembeskan insulin yang mencukupi untuk menghantar gula ke sel – sel badan dari saluran darah.
Anda menerima penyakit diabetis di sebabkan sensitiviti sel badan hilang terhadap insulin di mana insulin tidak lagi mampu merangsang pembukaan molekul sel supaya gula boleh masuk ke dalam sel. Akibatnya gula di tendang masuk kembali ke dalam saluran darah. Akhirnya kandungan gula di dalam darah akan meningkat dan seterusnya menyebabkan anda menerima penyakit diabetis.

Kedua – dua situasi di atas tidak terjadi dengan secara tiba – tiba. Ianya terjadi di sebabkan anda mengamalkan gaya hidup yang teruk di mana gaya hidup tersebut menjadi punca kepada penyakit diabetis.

Untuk membantu anda mencegah penyakit diabetis daripada menimpa anda, berikut saya senaraikan beberapa punca penyakit diabetis.


Punca pertama penyakit diabetis : Faktor keturunan.

Apabila lahir ke dunia anda akan mewarisi profil genetik daripada kedua – dua ibu bapa anda. Jika ada keturunan dari ibu bapa anda mempunyai penyakit kencing manis, anda kemungkinan besar akan mewarisi profil genetik tersebut di mana badan anda tidak mampu mengeluarkan insulin yang mencukupi untuk badan anda.

Punca kedua penyakit diabetis : Obesiti.

Jika anda sedang mengalami obesiti, anda kemungkinan besar akan di timpa penyakit diabetis. Ini kerana apabila terdapat banyak gula di dalam badan anda, anda perlukan jumlah insulin yang besar untuk mengangkut keluar gula dari darah anda.


Jika untuk masa yang sekejap, pankreas anda mungkin masih mampu mengeluarkan insulin yang mencukupi. Namun, jika anda berada dalam keadaan obesiti selama bertahun – tahun, pankreas anda mungkin sudah semakin rosak dan akhirnya jumlah insulin yang di keluarkan akan berkurangan. Akibatnya penyakit diabetis akan menyerang anda.


Selain itu, lemak – lemak yang terkumpul pada bahagian tepi salur darah juga akan menyukarkan sel sebenar untuk mengesan insulin di mana apabila sel sebenar ini mengesan insulin ia akan membuka pintu sel dan membenarkan gula masuk ke dalam sel badan. Di sebabkan lemak – lemak menutup sel sebenar, tahap sensitiviti sel badan terhadap insulin berkurangan dan gula tidak di pindah masuk ke dalam sel badan.

Punca ketiga penyakit diabetis : Gaya makan yang teruk.

Punca seterusnya kepada penyakit diabetis adalah gaya makan yang teruk. Tubuh badan anda memerlukan gizi yang seimbang untuk ia berfungsi dengan baik. Jika anda mengabaikan zat yang anda perlukan dan melebihkan pengambilan zat lain, badan anda akan berada dalam keadaan tidak seimbang.


Keadaan badan yang tidak seimbang akan merendahkan kadar metabolisma dan seterusnya menyebabkan lebih banyak gula di simpan sebagai lemak berbanding di tukar kepada tenaga. Akhirnya lemak – lemak ini akan menutupi sel badan di tepi saluran darah dan menyebabkan gula tidak dapat di pindahkan sel badan.



Punca keempat penyakit diabetis : Tidak melakukan senaman.

Jika anda tidak aktif secara fizikal, otot – otot badan anda akan jadi malas dan tidak akan membakar tenaga. Otot – otot adalah di antara pengguna terbesar tenaga di dalam badan. Jika otot – otot tidak membakar tenaga, badan anda akan mengalami keadaan tenaga berlebihan di mana tenaga tersebut akan di simpan sebagai lemak. Akhirnya lemak – lemak ini akan menyebabkan kandungan gula di dalam darah meningkat.

Selain keempat – empat punca di atas, penyakit diabetis juga cenderung menyerang mereka yang berusia dan berjantina wanita. Amalkan pemakanan herba herba yang mencegah kencing manis.

Dapatkan ubat kencing manis berkesan disini <-- Klik sini sekarang untuk membeli ubat kencing manis berkesan.

 

Copyright @ 2013 Extra Insulin.

Designed by Templateify & Sponsored By Twigplay